Download Lagu Perempuan Paling Cantik Di Negeri Indonesia News
Seri Bahasa. Simpulan Bahasa ( P )1. Pacat Kenyang. Maksud: Pulang segera sesudah makan. Contoh Ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang. Padang Jarak Padang Tekukur.
Maksud: Musnah. Contoh Ayat: Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Pak Sanggup. Maksud: Orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan. Contoh Ayat: Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu. Pak Turut. Maksud: Orang yang mengikut sahaja. Contoh Ayat: Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan. Paku Belanda. Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Barang- barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi. Paling Hati = Berpaling Hati. Maksud: Tidak setia. Contoh Ayat: Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati. Paling Tadah. Maksud: Tidak setia.
Panas Rezeki. Maksud: Sukar mendapat rezeki. Contoh Ayat: Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur. Panjang Akal. Maksud: Cerdik. Contoh Ayat: Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.
Berita Hiburan Liputan6.com menyajikan kabar berita gosip artis terbaru, dunia musik KPOP, lagu dan Film Indonesia hari ini. Anonymous said. Berita Kesehatan Liputan6, ragam isu penting kesehatan mencakup info seksual, cara hidup sehat, diet cepat alami, obat herbal tradisional terbaik hingga parenting. Liputan6.com Indonesia News Today, menyajikan kabar berita terkini indonesia dan dunia internasional meliputi berita politik hingga hukum dan kriminal. Masih banyak lagi » Account Options. Masuk; Setelan penelusuran. Video Klip Musik Vulgar Paling Hot Lagu Barat - Mungkin hampir semua orang, baik laki-laki dan perempuan, tak terkecuali, menyukai segala hal topik yang be. Indeks berita terbaru hari ini dari peristiwa, kecelakaan, kriminal, hukum, berita unik, Politik, dan liputan khusus di Indonesia dan Internasional.

Info berita terbaru hari ini baik peristiwa, kecelakaan, kriminal, hukum, berita unik, Politik, dan liputan khusus di Indonesia dan Internasional.
Di Madinah, Arab Saudi, 63 ribu lebih calon haji asal Indonesia sudah tiba. Best Drm Removal Software Windows 7. Sedangkan di Mekkah, 12 kloter jemaah calon haji telah tiba.
Panjang Ekor. Maksud: Berani berbuat jahat. Contoh Ayat: Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan- jalan di pasar raya. Panjang Fikiran. Maksud: Cerdik. Panjang Lidah. Maksud: Suka mengadu atau menyampai- nyampaikan cakap.
Contoh Ayat: Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman- teman sekerja. Panjang Tangan. Maksud: Orang yang suka mencuri. Pasang Badan. Maksud: Berhias diri untuk memikat.
Contoh Ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan. Pasang Kaki. Maksud: Mengadakan pengintip. Contoh Ayat: Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan- pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan.
Pasang Mata. Maksud: Memerhatikan baik- baik; waspada. Contoh Ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal- mahal belaka. Pasang Telinga. Maksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.
Contoh Ayat: Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon. Pasar Gelap. Maksud: Tempat jual beli yang tidak sah. Contoh Ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi. Patah Arang = Berpatah Arang.
Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi. Contoh Ayat: Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak. Patah Hati. Maksud: Kecewa. Contoh Ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu. Patah Kandar. Maksud: Sesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung. Contoh Ayat: Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja. Patah Lagu. Maksud: Getaran suara apabila menyanyi.
Contoh Ayat: Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan. Patah Lidah. Maksud: Tidak dapat berkata- kata dengan lancar. Contoh Ayat: Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat. Patah Perang. Maksud: Kalah perang. Contoh Ayat: Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera Malaysia.
Patah Semangat. Maksud: Hilang kemahuan untuk berusaha. Contoh Ayat: Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni. Patung Bernyawa. Maksud: Hidup yang tidak mempunyai cita- cita. Contoh Ayat: Keadaannya bagai patung bernyawa selepas ditinggalkan Rosli. Pecah Amanah. Maksud: Melanggar amanah.
Contoh Ayat: Saidin dituduh pecah amanah apabila dia didapati menggunakan duit daripada tabung kebajikan untuk perbelanjaan peribadinya. Pecah Khabar. Maksud: Tersiar berita. Contoh Ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup. Pedih Hati. Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Pedih hati Azimah mendengar kata- kata tuan rumah yang menghinanya. Pekak Badak. Maksud: Pura- pura tidak mendengar. Contoh Ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak. Pekak Batu. Maksud: Pura- pura tidak mendengar. Peluk Lutut = Berpeluk Lutut. Maksud: Tidak bekerja.
Contoh Ayat: Dia hanya berpeluk lutut dan berehat di rumah sementara isterinya sibuk bekerja. Peluk Tangan = Berpeluk Tangan. Maksud: Tidak bekerja. Peluk Tubuh. Maksud: Tidak bekerja. Pembasuh Mulut. Maksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.
Contoh Ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pembasuh mulut selepas makan tengah hari. Pendekar Kata. Maksud: Orang yang pandai berpidato.
Contoh Ayat: Para penonton terpesona mendengar ucapan pendekar kata itu. Pendekar Lidah. Maksud: Orang yang pandai berpidato. Pendekar pena. Maksud: Orang yang pandai menulis rencana di surat khabar. Contoh Ayat: Ruangan 'Lidah Pengarang' di akhbar- akhbar biasanya dikendalikan oleh pendekar pena.
Pendekar Sambal. Maksud: Pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan. Contoh Ayat: Pendekar sambal itu lari lintang- pukang apabila dikejar anjing. Pening- Pening Lalat. Maksud: Berasa pening sedikit. Contoh Ayat: Ibu pening- pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.
Perang Dingin. Maksud: Bergaduh atau berperang secara takut- menakuti (menggertak); perang secara senyap- senyap. Contoh Ayat: Masalah kewangan adalah punca utama terjadinya perang dingin antara pasangan suami isteri. Perang Gerila. Maksud: Perang secara bersembunyi. Contoh Ayat: Selama tiga tahun rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan akibat berlakunya perang gerila antara pihak tentera dengan para pemberontak. Perang Mulut. Maksud: Bertengkar. Contoh Ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.
Perang Pena. Maksud: Pertengkaran melalui tulisan di akhbar. Zonealarm Wireless Security 5 5 8 0 Serials And Cracks. Contoh Ayat: Perang pena antara parti- parti politik di negara kita sering berlaku di akhbar- akhbar.
Perang Saudara. Maksud: Perang antara orang sebangsa. Contoh Ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu. Perang Terbuka. Maksud: Perang secara besar- besaran. Contoh Ayat: Perang terbuka antara Iraq dan Iran menyebabkan banyak nyawa terkorban. Peras Otak = Memeras Otak. Maksud: Belajar bersungguh- sungguh.
Contoh Ayat: Farid memeras otak untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Peras Tenaga Orang = Memeras Tenaga Orang. Maksud: Membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya. Contoh Ayat: Dia memeras tenaga orang untuk mengerjakan ladangnya tetapi upah yang diberikan terlalu sedikit. Peras tenaga. Maksud: Bekerja bermati- matian.
Perigi Buta. Maksud: Perigi yang tidak berair. Contoh Ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah. Perut Kapal. Maksud: Bahagian kapal yang di tengah- tengah. Contoh Ayat: Perut kapal itu sangat luas dan boleh mengisi banyak barang. Perut Kosong. Maksud: Lapar. Contoh Ayat: Ibu melarang kami pergi ke sekolah dengan perut kosong. Perut laut. Maksud: Bahagian laut yang dalam.
Contoh Ayat: Di perut laut terdapat pelbagai khazanah semula jadi. Pilih Bulu = Memilih Bulu.
Maksud: Memandang kedudukan, bangsa dan keturunan. Contoh Ayat: Walaupun berjawatan tinggi, Roslan tidak memilih bulu untuk berkawan. Pilih Kasih. Maksud: Berat sebelah. Contoh Ayat: Ketika membesarkan anak- anaknya ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih. Pindah Tangan = Berpindah Tangan. Maksud: Bertukar milik.
Contoh Ayat: Tanah di hujung kampung itu telah berpindah tangan kepada Ah Chong. Pinggang Kerengga. Maksud: Ramping. Contoh Ayat: Wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.
Pintu Rezeki. Maksud: Jalan untuk mendapat rezeki. Contoh Ayat: Pintu rezeki penduduk di sini terbuka apabila kilang kain itu memulakan operasinya.
Pintu Terbuka. Maksud: Sedia menerima tetamu. Contoh Ayat: Salamah, seorang wakil rakyat yang mengamalkan sikap pintu terbuka sebab itulah rumahnya sering didatangi tetamu. Pisau Cukur. Maksud: Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki.
Contoh Ayat: Jangan dekati perempuan pisau cukur itu nanti habis semua wang kamu dikikisnya. Potong Jalan. Maksud: Mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.